Friday, October 12, 2012

Pinggan

Assalamualaikum...

Setelah selesai makan malam bersama anak-anak dan suami...

" Abi! Amin basuh pinggan." Abinya mendiamkan diri.
Sekali lagi di ulang ayat yang sama..
"Abi! Amin basuh pinggan." lebih tegas bunyinya.
Setelah kali ke-3 Amin ulang percakapannya, akhirnya Abinya menjawab.
"Tak bersih kot."
"Bersih la" Jawabnya membalas.
Amin ke bilik Ummi dan memberitahu perkara yang sama..."
Ummi, Amin basuh pinggan".
Ummi yang telah mendengar perbualan Amin dengan Abinya membalas,
"Pandai Amin yer"
Setelah mendengar kata-kata Ummi, Amin bergegas kembali ke dapur. Ummi agak keliru apa pulak yang nak dibuat si Amin ni. Ummi mengintai dari belakang..
"Astagfirullah...Amin buat apa tu??Soal Ummi.
"Amin lap pinggan la Ummi, nak bagi kering." Jawab Amin
"Amin...ini kain buruk buat lap meja, lap lantai...bukan lap pinggan. Kalau nak lap pinggan guna kain yang ni."Kata Umminya sambil menunjukkan kain yang sesuai untuk lap pinggan.

Begitu keadaan anak-anak yang dalam proses belajar....anakku Amin yang berusia 4 tahun.


PELBAGAI JENIS DAN BENTUK PINGGAN DIHASILKAN

OLEH SIAPA????

Oleh : MANUSIA YANG DIKURNIAKAN  

AQAL, KECERDIKAN dan KEMAHIRAN.

Mampu BERFIKIR untuk menghasilkan pinggan yang PELBAGAI pilihan untuk pelbagai kegunaan oleh manusia

tetapi...

SIAPA YANG LEBIH PINTAR, BIJAK BERPENGETAHUAN DAN BERKEMAHIRAN???


sudah semestinya PENCIPTA MANUSIA 
dan PENCIPTA BAHAN-BAHAN 
untuk membuat pinggan 

iaitu :

ALLAH S.W.T.  yang

MAHA  MENGETAHUI
MAHA BERKUASA
dan 
MAHA SEGALANYA


SUBHANALLAH!!!!


Thursday, September 6, 2012

Ilmu hari ini..moga berterusan

 Assalamualaikum...apa khabar semua pembaca.

Dah lama tak menulis blog ni....kata menarik yang diperolehi pada hari ini untuk dikongsi bersama iaitu :

KEHIDUPAN ADALAH GURU...Ianya banyak mengajar kita banyak ILMU, HIKMAH & PENGALAMAN. 

Tetapi persoalannya...sejauh manakah kita belajar dan mengambil iktibar daripada kehidupan? Sama2 kita renungkan.

Satu lagi perkara menarik yang nak dikongsikan...just ambil daripada kiriman rakan dan bukannya nukilan sendiri....untuk dikongsi dan menjadi renungan bersama...